Tuesday, November 29, 2011

lagi berita sedih

baru 4 hari pakcikku pergi meninggalkan kami semua, tengah malam kelmarin, mak teh ku (kakak pakcik) pula menyusul.
Nasib aku masih dekat kampung.
Memang itu janji dia kan. Dia pulang dari terengganu nak menziarah adiknya, tapi rupa2nya dia juga pulang untuk meninggal di kampung halamannya sendiri untuk bersemadi di tanah perkuburan yg sama bersama adik beradiknya yg lain serta ibu bapanya.
Mak teh aku tinggal di terengganu sebab suaminya orang sana.
Macam tak sangka juga ada dua kematian dalam masa yg sangat singkat.
Sedih memang sedih. Adik beradik arwah ayah aku yg dah pergi 4 org semuanya termasuk arwah ayahku sendiri, semuanya pergi dibawah usia 60tahun.
Tapi itulah dia kuasa dan janji Tuhan yg Maha Kuasa.
Salah satu peringatan juga untuk kita semua terutamanya saudara mara terdekat supaya kita tidak alpa dan lalai dengan kesenangan dunia yg hanya sementara yg diibaratkan kita ni sebagai tetamu senja sahaja. Bayangkanlah betapa singkatnya kehidupan didunia ini. Waktu senja bukannya lama pun.
Rasulullah saw juga pernah bersabda, singkatnya dunia ini ibarat sekelip mata sahaja. Sungguh kita tak dapat nak imagine.
Jadi, marilah kita sama2 tambahkan amal kebaikan dan pahala untuk mengejar kampung akhirat iaitu syurga Allah yg kekal selama-lamanya.

Dari Dia kita datang, kepada Dia juga kita dikembalikan.

Alfatihah untuk arwah berdua. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solehin. Amin.


11 comments:

haslina said...

Al-fatihah. semoga roh arwah makteh di berkati Allah dan di ampunkan dosanya.
amin amin amin.

syanasaid said...

al-fatihah

MadianiMamat said...

alfatihah n takziah untuk k.gee sekeluarga...

edrina said...

Al-Fatihah. Takziah Gee.

LIP (^_^) said...

Alfatihah.makteh ninggal sbb apa gee?

Mak Su said...

salam takziah

ainnoraini said...

Al fatihah...
Semoga dipermudahkan segala urusanya disana...insya allah

teratai said...

semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman...al fatihah

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

Alfatihah & salam takziah..
semoga arwah tenang di sana..

Syima ~Mama Kyra~ said...

al-fatihah..salam takziah

gee ryder said...

terima kasih semua.

lip,
makteh sakit kencing manis.