Thursday, December 29, 2011

Universal Studios Singapore_part 2

hari ke dua pegi uss jalan kaki lagi via sentosa boardwalk.
takde orang pun sanggup nak jalan kaki rupanya. weols jer sanggup hehe.
orang lain semua naik bas, monorail, cable car.
memang pegi balik dua hari tu memang kitorang jalan kaki jer.
malam masa balik memangla dah penat, kalau ikutkan memang rasa nak naik monorail or bus jer. tapi memandang kan setiap kali balik kiddos tido, terus tak jadi. sian pulak nak angkat2 diorang tengah tido. nak kena lipat stroller lagi. leceh.
penat pun penat la, asal anak2 tido tak terganggu :)

padahal kaki aku dah melecet giler.
sandal ni memang tak boleh pakai dalam jangkamasa terlampau lama la. sampai sekarang ada lagi kesannya. siap luka lagi ni haaa. macam nak jadi kudis dah. cis!

so, sesape yg nak pergi nanti, makesure kasut/sandal adalah yg paling selesa dan tak makan kaki kekeke. eh tapi kalau sehari jer ok kot. aku ni sebab hari2 berjalan dari pagi sampai ke malam. mana taknye! dengan round zoo sebesar alam tu lagi. huhu.
sehari sebelum balik tu aku siap gi beli crocs sepasang punyela tak tahan sampai dah terhencot-hencot.
tapi dah nak balik baru nak beli. apedaaa :p





see. takde orang kan. aqeel sorang jer berlari situ. dah la berlari dekat arah yg salah. haish!




dah penat berlari, berjalan pulak. tapi berjalan atas jalan biasa jer. erm lantak!

tak silap aku baru buat boardwalk ni. bersih jer. tapi singapore memang bersih pun!





model boardwalk.




sampai2 jer terus tuju ke Hard Rock Cafe dulu.
kalau malam sebelum tu aku tak balik guna jalan lain, mampus aku tak jumpa hard rock ni. dia macam tersorok ke tepi belah kanan sikit dari entrance uss. sebab tu ada sorang blogger tengok gambar aku dia kata tak jumpa. bengang jer member tak dapat beli t-shirt hrc kekeke.
agaknye memang ramai tak jumpa la. sebab kedai nye lengang jer macam takde orang.
ke orang lain dah tak heran dgn hrc?? aku jer yg jakun sikit :p

aku tau hard rock ada dalam sentosa tapi aku tak tau la pulak sedekat ni dgn uss.




dah dapat t-shirt selai sorang, dah jom blah. tak boleh lama2 dalam tu. berhantu! gahahahah...

tapi untuk afeef jer takde size lagi. bodysuit adala. tapi buat hape! dia bukannya baby lagi :p




saya pun nak berjalan jugak mama. kasi can arrr...




happy dapat berjalan. kalau tak, menggelepar nak turun.
tapi kejap jerla. mane boleh lama2.




mula2 ke Madagascar sebab hubby nak naik boat yg aku naik semalamnye tu dgn aqeel pulak. sian dia. nak merasa gak haha.





nampak tak stroller biru belakang tu??
itu stroller yg boleh disewa dekat USS. macam2 jenis ada. yg jenis lebar sikit untuk duduk 2 orang pun ada. untuk baby pun ada rasanye macam stroller biasa.
kalau yg malas nak bawak stroller tu, boleh la sewa. aku takpe, sebab banyak tempat nak pegi.





second day lunch dekat mel's drive in. senang nak cari tempat ni. dekat tengah2. dekat Hollywood. sini semua fastfood.



aku dan hubby order Biggie Chilli Burger. memang ini yg paling sedap!! ceh. macam aku dah rasa yg lain :p
tapi aku rasa yg ni memang lain sikit sebab sos dia tu dia letak "chilli" yg macam makan dekat chillis tu.
texas chilli ke ape ntah org panggil tu.
2 kali tau kitorg makan ni. dinner hari sebelum tu pun beli ni jugak. teserlah kesedapannya ngehehe...

tapi harganya, korang anggap jelah tu ringgit malaysia versi lama haha.




yeahhh WaterWorld!!!
show yg paling best sekali yg ada dekat uss.
jangan miss ok! ada 3 kali show. datang sendiri sini untuk tengok timing dia dekat tepi tiang tu.
datang awal beratur sebab orang pusu-pusu ramai giler berebut nak masuk.



memang macam dekat hollywood lah!





semua aksi yg macam dalam movie waterworld. citer tu pun berlakon dalam studio gak rupanya haha.




dekat tangga tu ada tulis wet zone, splash zone dan dry zone.
kalau duduk dekat bawah2, nahasla kau. situ wet zone. memang basah lencun. dia jirus bukan sikit2. main sembur jer. nasibla sape kena hehe.
aku duduk dekat splash zone. tangga yg atas sekali. nasib baik tak kena walau percikan pun.
eh tapi aku standby gak raincoat aqeel dengan payung. naya budak kecik ni kalau basah :)





Far Far Away....magic begin :D





cantik betul dia buat castle ni.
aqeel ni apehal berdukung lak ni.




shrek 4D ada dalam castle tu. siapa yg bawak baby kena duduk kerusi yg tak goyang. aku la tu heee.
tapi takpe, sebab aku dah merasa yg goyang dekat MovieWorld aussie. kat sana pun ada ni ;)
masa tu aqeel kecik lagi. dia tak takut langsung. dia duduk sorang dia atas kerusi. tapi dekat uss ni, tutup mata punye takut. dahla kerusi pun tak bergoyang. ape ni aqeel?? makin besar makin takut pulak. ayoyo!





lepas tu layan aqeel naik ferris wheel potion factory yg cenonet ni. dalam kedai jer ni. dalam merchandise store Far Far away.




mengintai dari tirai besi. eh seramnye bunyi!



mujur tak terlepas show ni. tetiba ada orang uss panggil kitorang masuk. tak tahu langsung ada show kat situ.
bolela show ni. nak enjoy2, joget2 hehe.
mungkin sebab dah petang, takde orang tau, dia panggil semua orang kat luar.
padahal kat broucher ada tulis. tak perasan.



depan merchandise store Far Far Away. show donkey live tu sebelah kedai ni.




at Madagascar




nampak tak? nampak tak aqeel naik roller coaster? hehehe. hubby yg pakai baju biru. terbang2 rambut aqeel haha.
tak sangka pulak dia berani naik. senyap takde perasaan macam mr bean. padahal takut gak sebenarnye. laju gak tu. ada konar baring lagi. nampak jer kecik.
lepas naik ngan papa, naik ngan mama pulak. 2 kali berturut-turut.
agaknya budak2 memang takde perasaan takut la dengan ride2 camni. yg dorang takut macam hantu2, gelap2, bunyi kuat.





belakang tu roller coaster yg aqeel naik. dekat Far Far Away.




ni satu lagi ride yg best dekat Ancient Egypt. roller coaster dalam building.
Revenge of The Mummy. roller coaster ni dalam gelap. ada effect hantu2 api2 semua. kata the mummy kan.
pastu roller coaster siap reverse2 lagi hehe. terkejut gak woo huhu.
macam biasa, ride2 yg extreme ni hubby yg akan naik dulu. dia cakap yg ni lagi takut drp cylon dan human yg roller coaster biru merah paling besar tu. biar betul??
first day aku tak berani lagi nak try dah dia kata takut.
masa second day baru aku rasa nak try. tu pun dah malam. sebab aku pikir2, aku lagi suka dalam gelap sebab aku tak tau apa berlaku. dia tinggi ke rendah ke nak terbalik ke ape ke lantak kau, janji aku tak nampak sekeliling kekekek.
hubby kata pulak, dia rasa lagi suspen sebab dalam gelap tak nampak apa akan berlaku selepas tu. tau2 jer dah mereverse dengan lajunya akekekeke....

erm, nanti uolss naik jelah! :)
yg dah naik tu rasa camne pulak?? cer cite...

aku masuk tu kan dah malam, dah takde orang sangat. suspen gak tu nak sampai ke ride tu, panjang giler laluan dia dalam tu dengan patung2 mummy nye lagi. hish! menakutkan!
aku siap benti lagi dalam tu tunggu kot2 ada orang lagi. nasib baik ada lagi 2 orang. aku pun follow hahahaha.





ni lah dia entrance nye. ingatkan dekat jer nak sampai ke roller coaster. siap budak yg aku follow tu sesat dalam tu tak jumpa cari jalan sebab dia cam sempit2 macam nak suruh orang pikir lak mane jalan keluar macam dalam game tu.
kalau naik siang, tak takut sebab memang ramai orang.




siapa peminat barang antik egypt, bolela shopping kat sini. tak payah susah2 gi jauh2 sampai ke egypt. sini pun dah banyak. kalau orang tanya beli mane, kelentongla cakap baru balik egypt kahkahkah.

baiti, ko kan suka egyptian ni. jangan lupa borong nanti ok. hiaskan rumah ko cantik2 hehehe.




ok last but not least, bergambar dengan kungfu panda. nasib ada gak binatang ni walaupun dah malam. kalau tak, melepas aku!





lepas bergambar masuk uss merchandise store, shopping pulak!
dapatlah t-shirt, fridge magnet dan keychain sikit sorang. esoknye nak shopping lagi kat town.
untuk aqeel, yg dia nak sangat barang transformers. masa masuk tranformers merchandise store, semua benda dia tengok, macam excited giler. kesana kemari. dia nak macam2 pulak tu. haish!
tapi aku belikan botol air dan lunch box jer :)
bagus gak, biar dia semangat sikit nak bawak bekal pegi skool hehe.

masa nak balik, semuanya lembik! teramatlah penatnye tak terkata huhuhuhu....



orait, siapa yg nak pegi tu nanti, eryn, ztee...have fun!! :D
semoga tips2 yg ditulis kat sini membantu.
tips la sangatttttt :p





13 comments:

Fitri Senin said...

sangat membestkan diri bila baca..
aci tak kalo nak tanya berapa kos sume perjalanan anda.. (bujet itu tema saya 2012..=) )

Lia said...

USS memang best kan..

eim said...

bestnye gee .. baca pun dah rasa syok apatah lagi kalau dapat pergi kan ..

e.l.i.z.@ said...

hahahah terbalik la ngan eli..eli takut dlm gelap sbb x nampak benda..seram la! buatnya dia jatuhkan something atas kepala kite.eiiii seriau! hahahha

eh k.gee pegi 2hr tu, leh guna tiket yg sama ke? ke k.gee beli yg lain plak?

CikPuanHaLia said...

Bestnyer beb..

Alang2 dah g singapore tu singgah tak JPO?

gee ryder said...

fitri,
alamak! tak reti nak kira la hehehe.
nantilah citer bajet hotel sekali ngan flight

lia,
best2 :)

eim,
eim pegi paris lagi best eim hehe

eliza,
haha yeke.
k.gee amik two-day pass terus.
takkanla dia nak bagi guna tiket sama :p

lia,
aku gi naik flight.

PCL said...

kagum dgn percutian anda sekeluarga di Singapura...sungguh unik dan teruja saya, suatu masa akan ke sana juga..insyaAllah.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

fuhhh..penat baca tapi seronok mcm ada sekali. syoknya jalan2 spore. x pernah jejak :p

LiTtLe^m3 said...

haha ko ni asal shopping jek tuju kat aku kan :P aku mmg suka egyptian concept, art, culture and history :D

eiyzniey said...

Wahhh..seronok nyee kann
Ehehe
Ble la nini nak smpai sne..

mak encik | SZ said...

sangatttt terperinci la ... i likeeee...nnt kalu nak ke uss i repeat blk baca entry u ni ye gee.... ;)

zailamohamad said...

syoknyaaa g USS!!

happy new year gee, hope your wish come true

maya amir said...

ohhwww tidakkkk..i belum smpai lagik USS ni tau gee..haishhhh...yg dekat slalu gitu kan..u gi spore naik flight ye..arghh! menggeletis dah rase nak gi USS ni:)