kawan hubby yg recommend cakap best, so bolehla try.
owner restoran ni adalah Chef Zubir, juri masterchef malaysia.
mari kita try. kalau tak sedap siapla aku komplen :p
aritu aku ajak sekali baiti & roch, our neighbour. saje nak belanja dorang pulak sebab dulu dorang dah belanja kitorang :)

aku bergambar dekat bahagian kitchen sebenarnya ni sebab tu ada batang mop dan baldi tu hehe. sebab aku datang dari arah belakang. tak tengok pun bahagian depan macam mane.

minum dulu. aku order pink guava. nampak tak? blur sket gambarnye.
baiti & roch order coke. sebab dia kata boleh hilangkan stress. dia stress baru balik keje hehe.
dekat restoran ni takde kids menu.so aku tak tahu apa nak order untuk aqeel. semuanya dia taknak. at last order fries jer. fries tu ada perisa cheese.

budak tecit ni pun makan western gak aritu ok. aku bekalkan macaroni cheese untuk dia.
mama yg jadi masterchef kat rumah ;)

the laman's marbeled new version chicken chop. aku punya.
aku sorang jer oder ayam. haih, menyesal lak rasa tak order steak. sebab steak dia memang sedap!
tapi chicken chop ni pun tak kurang gak sedapnya.
memang semua yg kitorang order semuanya sedap.
selamat kau chef zubir! hahahah.
nantilah nak datang sekali lagi makan steak or combo platter. macam menarik!
tapi satu jer aku nak komplen bagi pihak baiti :p
dia punya baked potato untuk side dish tu keras sikit macam tak berapa masak. hubby and roch cakap, dorang telan jer tak perasan pun keras ke tak. ape daaaa. tak rasa ke?
so harap2 pasni cukup masak semuanya. kalau keras jugak lagi, taula aku nak tulis apa kat blog ni ;)

kusyuk nampak!
restoran ni jenis open kitchen. nampak chef2 tengah bertungkus lumus kat belakang tu.
tapi chef zubir takdela. dia bz dekat dapur masterchef.
oh ya, sorang peserta masterchef iaitu danial dah keje ngan dia kat sini. tapi aku tak nampak lak aritu.
overall memang berbaloi la makan sini.
environment pun best. ala2 fine dining.
kira boleh datang lagi la.
environment pun best. ala2 fine dining.
kira boleh datang lagi la.
lepas makan, baiti ajak pekena kopi lak.
tapi aku tak minum kopi pun. aku lagi suka coklat. ngeeee....
afeef takde dalam gambar sebab dia tengah bz menawaf sampai dah masuk sikit ke dapur starbucks hehe.malam tu takde orang sangat, tu yg seronok sangat dia boleh jerit2 jalan2 kesana mari.







9 comments:
stik tu nampak bestlah. ni yg buat geram ni
wah.. sirloin steak tu buat kecur air liur aku lah gee.. lama tak pekena western food!
alih-alih tadi makan mary brown je.. sesekali makan yg gril-gril kan best!!
happy new yr gee :)
Seksyen bp ni gee?
mak su,
mmg best. try la :)
nong andy,
haha...best2
lip,
sek 13 at laman seri
aduih,terliur tgok sirloin steak tu...mmg ramai yg kate sedap kt situ, tp mahal kan gee? cam takut lak nk msuk.harga kt situ standard 5stars hotel ye?
thank you gee & faizal. nanti kita g makan2 tempat lain pulak ye :) chinese cuisine?
bestnyeeeeeeeee baca entri kau nok ke USS tu... menggoda sungguh.. netri makan ni pun best sebab meleleh je air liur aku tgk steak tuuu
kakgee dh smpi dh! zte dh lama asben ajak huhu tgu anniversary ni kot ! hihi..
chef zubir tu pun kwn makcik zte... kite pnggil chef jubir :D
terus rasa terliur :p
Post a Comment