Wednesday, March 14, 2012

RESIPI LAKSAM



masa balik kampung 2minggu lepas, aku rasa sangat nak makan laksam.
aku call mak aku siap2 cakap suruh buat untuk breakfast hari jumaat pagi.
aku balik hari khamis malam.
mak aku on jer kalau suruh buat ape pun hehe.
janji ada bahan.

so, pagi jumaat tu breakfast, aduhhh sedapnye!
bertambah2 aku makan. marvelles!
sebenarnya banyak jer orang jual pagi2 laksam ni kat kampung aku. jual dalam paket kecik2. tapi tak puas makan yg beli punya. tak sedap! tak kena dengan tekak aku.
kuah cair la, kuah manis la. baik suruh mak aku buat lagi sedap. puas hati makan.

kat sini aku nak share resipi laksam mak aku.
actually ada kawan aku tanya.
aku sendiri pun tak pernah buat laksam ni :p
padan duk tanya resipi jer berulang2 kali, tapi buatnya tidak hahaha.
rasanya lepas ni boleh la buat bila dah letak resipi kat sini. selama ni tak pernah salin :p
asik ingat2 lupa jer.



BAHAN-BAHAN;

~tepung laksam~
tepung beras - 3 cawan
tepung gandum - 2 cawan
air

campur semua sekali bahan dan bancuh dengan air. pastikan tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. kalau cair sangat nanti jadi roti jala kekeke. biar sederhana kepekatannya.
bila dah siap bancuhan, ratakan dalam loyang dan kukus dengan api sederhana. make sure rata bagi nipis sebab nanti bila gulung dia jadi cantik.
masak sekejap jer dalam 10-15min. boleh tengok2 selalu bila dia dah tak lembik dan dah menggelembung. setiap kali nak kukus, kacau lagi bancuhan tu takut dia mendap.
dah masak, biar dia sejuk sekejap baru gulung supaya tak melekat.
pastu boleh gunting bulat2 :)


~kuah~
bawang putih - 2 ulas
bawang merah - 3 ulas
halia - seinci
lada hitam - sesudu teh
(semua bahan diatas ditumbuk)
ikan sardin sederhana (4 ekor) direbus dan diperisikan halus2
santan (separuh kelapa)
air
garam secukup rasa

campur semua sekali bahan dalam periuk. kacau2, bila dah gelegak bole tutup api. dah siap!
jangan biar sampai pecah minyak ok.
mak aku memang tak letak gula. ada orang letak gula. aku memang tak suka manis2. sebab tu aku tak suka beli laksam kedai sebab selalunya manis hehe.
kalau siapa suka manis bolela letak.


~ulam~
timun - hiris halus
kacang - hiris bulat2 halus
daun kunyit - hiris halus
daun kesom - hiris halus
belacan
cili (cili kering kisar)

kalau takde daun kunyit dan daun kesom pun takpe, ikut sukala.
kalau semua ada lagi meriah org kata :)



ok selamat mencuba!


13 comments:

anasaliza said...

Ana x pnh try makan laksam..rasa macam tkut nk menery, tkut xkena tekak..tgk ler nnt, skali mesti kena try nie..try yg kak gee masak sndr ke kann..hahaha

InaAchik said...

ya amponnnnnnnn... nyesal dtg sini!
menggoda sungguh itu laksam!!! ;)

Cho Zila said...

laksam antara kesukaanku... dapat yang kuah sedap alahai menambah2 gitu... suka.. suka.. suka

Eliss Mie said...

aku pernah buat tapi tak jadi sebab main belasah ajer :p lepas ni aku nak cuba laa

haslina said...

sedapppppppnya. apa lagi klu emak yg masakkan time pregnant ni kan gee.

sekali je pernah makan.
mmg ada hati nak try buat sendiri.

zailamohamad said...

terbaek!!!

faveret Zaila ni..kalau open house mesti buat laksam sebab dapat permintaan dr kawan2:)

Citra Della said...

sukernya makan laksam.. tapi malas nak buat... kak g buat jemput la dyla makan.. hehe

LiTtLe^m3 said...

gee.. bila dah sihat jgn lupa masak dan hantar ke rumah jiran block B ye :D jiran dan adik jiran suka sangat makan laksam ni walaupun berasal dari Johor :D

maya amir said...

know what gee, mase u letak tajuk resepi laksam tu, i punye berkobar2 nak buat...skali tgk mee nye kene kukus ye..terus i hold dulu..xde jual ye,i xde periuk kukus..uwaaaa..resepi caramel u dulu pun, i hold2..bilelah nak beli periuk kukus niiiii:)

gee ryder said...

ana,
kena try sekali...mesti nak lagi hehe

ina,
hahaha...jgnla nyesal :p

cho zila,
yg penting kuah kan

elissmie,
belasah kalau tau agak takpe hehe

haslina,
tryla..sng jer hehe

zaila,
yeke? best tu leh dtg openhse umah zaila haha

dyla,
insyaallah ada masa kak g jemput yer

baiti,
pandai ko mkn laksam yer. kalau aku buat aku antar...bila ntah :p

maya,
ala, beli jela sebijik murah jer hehe

IDAZS said...

sedapnya laksam. fevret ni. boleh cuba nnati. tapi tang nak buah laksam tu risau tu.

IDAZS said...

sedapnya laksam. fevret ni :)
tapi nak buat mee tu yang kecut perut. Insyaalah nak try nanti :)

Syaz Blackrose said...

Salam perkenalan, Singgah2 cari resepi laksam, saya follow ye.. sudi2lah melawat blog saya
@4i5y4tuberose.blogspot.com